Repairs
Mengenai Kerja-kerja Pembaikan.
Untuk lihat lebih banyak lagi kerja-kerja pembaikan yang telah dibuat, sila ke laman Facebook kami.
MASALAH LAPTOP & KOS REPAIR
Tekan butang power, tiada apa-apa yang berlaku. LED power pun tak menyala.
Antara sebabnya ialah kerosakan pada charger, suis, bateri ataupun motherboard(BIOS, bateri, litar pintas, kerosakan IC dan sebagainya).
Kos repair bergantung kepada kerosakan dari RM50-RM250.
Bila tekan butang power, lampu power menyala, tapi skrin gelap.
Mungkin disebabkan skrin rosak ataupun masalah pada RAM atau motherboard(BIOS, bateri, litar pintas, kerosakan IC dan sebagainya).
Kos repair jika skrin rosak dalam RM300-RM400 bergantung pada model laptop. Jika motherboard rosak kos dalam RM100-rm250.
Bila tekan butang power, laptop boleh on tetapi sangkut pada tulisan putih pada skrin.
Biasanya disebabkan bateri motherboard rosak, system Windows problem atau hard disk rosak.
Kos repair adalah RM30-RM50. Jika kena tukar hard disk/SSD kos dari RM250.
Lepas tekan butang power, ada paparan logo Windows, lepas tu skrin terus gelap.
Mungkin disebabkan system windows yang problem atau grafik ic (di motherboard) rosak.
Kos repair jika disebabkan sistem Windows adalah kurang dari RM50. Jika disebabkan motherboard kos repair adalah dari RM250.
Ini adalah masalah keyboard. Kadang-kadang boleh masuk Windows, kadang-kadang sangkut pada skrin gelap. Kalau boleh masuk Windows, keyboard kadang-kadang tidak berfungsi atau lambat respon (lag).
Biasanya kena tukar keyboard. Kos dalam RM100-RM200 bergantung pada model laptop.
Bila buka aplikasi Ms Word/Excel/Powerpoint dan lain lain, tidak boleh taip apa-apa.
Biasanya pasal lesen MS Office dah expired.
Kos repair RM30.
Ramai pelanggan datang untuk format laptop, terutamanya jika laptop mempunyai masalah. Untuk pengetahuan, kebanyakan masalah tak boleh diselesaikan dengan format. Format hanya adalah untuk masalah yang berkaitan dengan sistem operasi (Windows) sahaja.
Caj untuk format ialah RM50 sahaja. Kami akan install kan sekali aplikasi-aplikasi yang diperlukan untuk kegunaan biasa.
*Jika masalah laptop anda adalah sangat perlahan, kami sarankan supaya upgrade kepada SSD.
Sebaik sahaja login untuk sambungan wifi, laptop akan hang dan kemudian restart sendiri.
Disebabkan setting security wifi pada router tidak sesuai dengan laptop. Biasanya pasal laptop lama dan router baru.
Penyelesaiannya, login pada router dan ubah setting security wifi kepada wpa2, jangan guna wpa3.
Atau hantar ke kedai kami, bawa laptop dan router tersebut. Kos RM20 shj.